Minggu Sains Teknologi dan ICT (MISTI) 2014





Minggu Sains Teknologi dan ICT (MISTI) 2014 yang akan berlangsung selama seminggu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA) Johor, di sini, bermula 16 April ini.


Program dwi tahunan anjuran Unit Sains Teknologi dan ICT Johor itu dijangka meriah dengan kehadiran kakitangan kerajaan, swasta, penuntut universiti, pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pengarahnya Tunku Zahrah Tunku Osman berkata, penganjuran program yang bertemakan 'Ke Arah Komuniti Pintar' bertujuan memupuk serta meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi. Katanya, MISTI 2014 juga diharapkan menjadi pendorong kepada generasi muda mendalami ilmu berkenaan sekali gus menjadikannya kerjaya pilihan .

MISTI2014 juga menawarkan pelbagai seminar / bengkel, aktiviti dan pertandingan.








Minggu Sains Teknologi & ICT Negeri Johor 2014 (MISTI Johor 2014)

Tarikh: 16 April - 21 April 2014
Masa: 10.00 Pagi - 6.00 Petang
Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor & Puteri Pacific Hotel