Pencalonan Anugerah APICTA 2014 Kini Dibuka!

Pencalonan untuk Anugerah APICTA MSC Malaysia 2014 yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia ( MDeC ) dan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia        ( Pikom) kini telah dibuka pada 1 April lalu.


Bagi mereka yang berminat untuk menjadi calon pemenang anugerah ini, perlulah mengemukakan permohonan mereka secara online di www.mscmalaysia.my/APICTA . Tarikh akhir penghantaran permohonan ialah pada 30 Jun 2014.

Untuk senarai penuh kategori anugerah dan maklumat tambahan, juga boleh didapati dari laman web tersebut.



Asia-Pacific ICT Alliance Awards ( APICTA ) adalah merupakan satu program anugerah antarabangsa yang bertujuan untuk menyediakan platform kepada individu , pelajar, perusahaan kecil dan sederhana, pencipta dan usahawan di dalam industri ICT untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka ke peringkat antarabangsa.

Tahun ini akan menjadi tahun ke-15 bagi anugerah ini. Pada tahun lepas , syarikat pembayaran mudah alih, Soft Space International Sdn Bhd telah memenangi anugerah “Best of Malaysian Startup Companies” dan “Best Financial Application”.

Kepada anda yang mempunyai idea-idea menarik berkaitan ICT ayuh calonkan diri anda untuk anugerah ini.