1BestariNet



Projek Perkhidmatan 1BestariNet di semua sekolah seluruh negara mulai 13 Disember 2011 hingga 12 Jun 2014. Projek ini adalah perkhidmatan akses internet jalur lebar ke semua sekolah dan menjadikan Virtual Learning Enviroment (VLE) sebagai platform yang mengintegrasikan semua sistem dan aplikasi yang digunakan di KPM.
Projek ini merupakan perkhidmatan rangkaian akses internet "end to end" bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran bagi semua sekolah. Pelaksanaan projek adalah melalui syarikat yang dilantik iaitu Syarikat YTL Communications Sdn Bhd.

Latar Belakang:
  1. E-Learning : Komponen utama dalam Program Transformasi Ekonomi, NKEA (CCI) EPP:6 E-Learning dan Projek BestariNet adalah platform utama kepada konsep E-Learning.
  2. Kajian Impak Projek SchoolNet dan Peranan ICT Dalam Pendidikan 2010 memberi fokus kepada capaian Internet dalam persekitaran sekolah.
  3. Keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi1 (7 Januari 2011 dan 28 Mac 2011) - bersetuju supaya:
    • Projek 1BestariNet dilaksanakan segera secara tender terbuka
    • Kontrak 15 tahun (5+5+5), semakan setiap 5 tahun
    • Memasukan Komponen Virtual Learning Environment (VLE)