SERTAI DAN TEROKAI DUNIA KOMUNIKASI DAN KREATIF DI KL CONVERGE!






 
 
Kementerian Komunikasi dan Mulitmedia Malaysia (KKMM) telah merancang secara dinamik dan strategik satu acara bertaraf dunia dirantau Asia ini yang khusus pada bidang komunikasi dan kreatif menerusi program KL Converge! Ia akan dilaksanakan pada 17 hingga 19 September 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
 
Program KL Converge! adalah anjuran KKMM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melibatkan gabungan dan sepadanan secara besar-besaran ramai ikon profesional daripada industri berkaitan video, muzik, aplikasi dan internet dari tempatan dan juga dari luar negara.

Bertemakan 'melihat', 'sentuhan', 'rasa', 'mendengar', 'persembahan' dan 'bercakap' (‘see’, ‘touch’, ‘feel’, ‘hear’, ‘show’ and ‘speak’), program KL Converge! akan diterjemahkan dalam pelbagai astaka dari pelbagai negara dan syarikat-syarikat terkemuka.
 
Jom sama-sama kita sertai aktiviti-aktiviti di KL Converge! dan menerokai dunia komunikasi dan kreativiti berkaitan bidang perfileman, muzik, aplikasi dan internet di dalamnya dengan mengunjungi pameran digital; mempelajari tentang trend kreativiti terkini; menyaksikan demo secara langsung dan paparan aplikasi, permainan, Shorties, filem, dan rancangan TV; termasuk berpeluang bekerjasama dengan ikon berpengaruh dalam bidang komunikasi dan kreatif di dunia pada 17 hingga 19 September 2014 di KLCC dan Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
 
 Bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini dan pertanyaan lanjut, sila layari laman berikut :