Berhati-hati dengan pautan berkaitan MH370





 Sejak beberapa minggu ini, berita berkenaan kehilangan misteri kapal terbang MH370 telah hangat diperkatakan. Perkara ini sekaligus membuatkan beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang dengan menyertakan beberapa pautan berbentuk malware.

Pihak SKMM sekali lagi mengingatkan pengguna supaya berhati-hati ketika membuka pautan berita berkaitan dengannya. Selain beberapa pautan yang membawa kepada berita yang tidak tepat, sebahagian daripadanya juga turut menyertakan pautan berbentuk malware yang menghantar spam kepada kenalan anda di laman sosial. Disamping pautan web, anda juga turut dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memuat-turun aplikasi berkaitan dan menyemak senarai kebenaran yang diminta sesuatu aplikasi sebelum memasangnya. Pengguna internet mesti abaikan dan hapuskan mesej tersebut.

Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak klik atau membuka apa-apa gambar atau video yang kononnya berkaitan dengan MH370 kerana dikhuatiri akan mengubah haluan pencarian ke laman web ‘berbahaya’.  Pengguna juga disarankan untuk memuat turun sistem keselamatan terkini bagi melindungi komputer daripada virus.

Boleh hantar (forward) e-mel,video, lampiran (attachment) atau URL yang mencurigakan kepada MyCERT untuk analisis selanjutnya.

Jika anda telah berkongsi video palsu yang dikatakan merupakan perampas MH370 di Facebook, adalah dinasihatkan supaya anda bertindak segera dengan memadam kongsian itu laman Facebook anda atau tekan butang “Unlike”. Disyorkan juga bahawa pengguna Facebook untuk memadamkan aplikasi baru yang berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.

Pengguna turut dinasihatkan untuk memadam sebarang informasi palsu yang dikongsi di akaun Facebook. Pastikan anda log masuk ke akaun Facebook anda dan pergi ke halaman tetapan aplikasi Facebook anda. Halaman ini akan menyenaraikan semua aplikasi yang telah diberi akses kepada akaun Facebook pengguna lain, pergi ke bawah dan klik ” X” di sebelah kanan aplikasi dalam senarai untuk memadamkannya. Beberapa aplikasi penipuan palsu menggunakan nama-nama seperti “CNN”, “Plane “,”MH370″ atau “YouTube” untuk menipu pengguna.

* Maklumat lanjut mengenai serangan Malware itu boleh dibaca DI SINI

KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA 2014


Antara agenda :

* Jom masuk U
* Jom  beli buku
* Jom pameran jualan kereta
 * Jom peluang kerja lepasan U
* Jom saksikan band off the beatles
* Jom larian karnival dan senamrobik
* Jom ceramah agama, khat, kalam jamal
*Jom saksikan teknologi sains dan inovasi dari MOSTI
* Jom tonton nyanyian dan tarian dikir barat, boria, paluan kompang, choral speaking, melukis dan mewarna

APA ITU CHROMEBOOK?




Chromebook adalah model komputer mudah alih generasi baru yang dibangunkan secara bersama oleh pihak Google dengan beberapa pengeluar peralatan komputer yang menggunakan Google Chrome OS. Google Chrome OS adalah sistem operasi yang berasaskan linux yang direka oleh google agar dapat berfungsi dengan lebih eksklusif dengan aplikasi web.

 Projek open source yang disebut dengan chromium OS ini sudah diperkenalkan sejak 7 julai 2009.
Ianya pantas (masa boot kurang daripada 8 saat), kurang selenggara diperlukan dan memfokuskan perkhidmatan awan (cloud) seperti menaip, upload gambar, edit gambar, simpan fail, edit dokumen, buat slaid juga berkongsi dokumen semunya dilakukan secara online. Chromebook berfungsi dengan cukup baik bila ada internet tapi kurang cemerlang bila tidak ada internet. Untuk menaip secara offline serta melakukan kerja-kerja perkomputeran pejabat seperti Microsoft Office, Chromebook dan Chromebox boleh di install dengan software berasaskan sumber terbuka yang percuma seperti Libre Office.

Dalam projek 1BestariNet chromebook dibekalkan ke sekolah-sekolah melalui konsep chromelab atau makmal mudah alih chromebook untuk digunakan di sekolah.
Malah para pentadbir sekolah telah didedahkan dengan program outreach mengenai perlaksanaan projek ini pada akhir tahun lepas.


Perkhidmatan 1GOVNET


Objektif utama 1Gov*Net ialah:
  1. mewujudkan satu Rangkaian Telekomunikasi ICT Bersepadu Kerajaan (Government Integrated Telecommunication Network) yang selamat dan diyakini boleh digunapakai oleh semua agensi Sektor Awam,
  2. menyokong pelbagai perkhidmatan komunikasi komprehensif merangkumi komunikasi data, suara dan sidang video, dan
  3. memantau dan mengurus pencapaian Service Level Agreement (SLA) rangkaian ICT Kerajaan yang seragam.
Rekabentuk rangkaian 1Gov*Net berasaskan kepada teknologi secured dan private IP network. 1Gov*Net mempunyai keupayaan IP Core yang menyokong bandwidth tidak kurang dari 40Gbps. Teknologi rangkaian yang digunakan adalah IPv6 ready.

Arkitektur 1GovNet
Infrastruktur rangkaian mengandungi node-node access, aggregator dan core. Sambungan bandwidth node-to-node fleksibel dan boleh dipertingkatkan. Manakala sambungan antara node (PE – Provider Edge) menggunakan teknologi optikal (optical technology) dengan kelajuan antara 10Gbps hingga 40Gbps.
PE yang digunakan untuk implementasi projek 1Gov*Net adalah dedicated untuk Kerajaan sahaja dan tidak dikongsi bersama dengan pihak lain.

Bagi memastikan pelaksanaan projek 1Gov*Net berjalan lancar serta mematuhi skop kerja serta terma-terma yang terkandung dalam kontrak perkhidmatan, satu mekanisme tadbir urus diwujudkan.
Struktur mekanisma tadbir urus 1Gov*Net seperti berikut:
TadbirUrus1GovNet

Terma Rujukan Tadbir Urus
  
TadbirUrus1GovNet2.1
  • Meluluskan dasar, undang-undang, prosedur, dan peraturan berkaitan projek;
  • Meluluskan perancangan, strategi dan pelan pelaksanaan;
  • Memantau pelaksanaan dasar, strategi dan program pelaksanaan;
  • Melaporkan kemajuan projek serta mendapatkan arah tuju daripada JITIK;
  • Membincangkan dan menyelesaikan isu-isu pelaksanaan.
TadbirUrus1GovNet2.2
  • Merancang serta menyediakan strategi dan pelan pelaksanaan projek;
  • Memantau kemajuan pelaksanaan;
  • Mengenalpasti keperluan-keperluan projek;
  • Melaporkan kemajuan serta memberi khidmat nasihat kepada Jawatankuasa Pemandu mengenai aspek-aspek teknikal; dan
  • Memutuskan perkara-perkara teknikal berkaitan pelaksanaan projek.
TadbirUrus1GovNet2.3
  • Memberi fokus kepada bidang teknikal dan bisnes mengikut keperluan dan kesesuaian projek;
  • Mengurus dan melaksanakan projek mengikut skop yang ditetapkan; dan
  • Melaporkan kepada Jawatankuasa Teknikal.
TadbirUrus1GovNet2.4
  • Memberi pendedahan dan kesedaran kepada pegawai dan kakitangan;
  • Melaksanakan kajian semula bagi memantau dan mengukur tahap keberkesanan; dan
  • Memastikan faedah program diperoleh oleh pihak pengurusan atasan, pengurusan pertengahan dan pegawai sokongan.


 Perkhidmatan Rangkaian 1 Gov**Net yang disediakan ialah:
  • Perkhidmatan Utama:
    • Permohonan talian baru
    • Perpindahan talian
    • Naik taraf atau turun taraf talian
    • Integrasi dengan talian di agensi
    • Konsolidasi dengan talian di agensi
    • Penamatan talian
  • Perkhidmatan Sokongan :
    • Pemasangan Firewall
    • Pemasangan Bandwidth Management Tools (BMT)
    • Managed Internet Services (MIS)
    • Remote Access
    • Pemasangan switch
    • Pengurusan projek


Untuk maklumat lanjut hantarkan pertanyaan anda kepada:
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perkhidmatan Gunasama ICT
Bangunan MKN-Embassy Techzone
Aras 1, Blok B,No 3200, Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
(u.p : Tuan Haji Muhammad Rosli bin Abdul Razak)
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Gunasama ICT

atau hubungi pegawai kami seperti berikut:

Puan Rubaiah binti Hashim
Timbalan Pengarah
Telefon :03-8872 7414
E-mel :rubaiah.mampu@1govuc.gov.my

Puan Noor Asikin binti Abdullah
Ketua Penolong Pengarah
Telefon: 03- 8872 6201