Berhati-hati dengan pautan berkaitan MH370





 Sejak beberapa minggu ini, berita berkenaan kehilangan misteri kapal terbang MH370 telah hangat diperkatakan. Perkara ini sekaligus membuatkan beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang dengan menyertakan beberapa pautan berbentuk malware.

Pihak SKMM sekali lagi mengingatkan pengguna supaya berhati-hati ketika membuka pautan berita berkaitan dengannya. Selain beberapa pautan yang membawa kepada berita yang tidak tepat, sebahagian daripadanya juga turut menyertakan pautan berbentuk malware yang menghantar spam kepada kenalan anda di laman sosial. Disamping pautan web, anda juga turut dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memuat-turun aplikasi berkaitan dan menyemak senarai kebenaran yang diminta sesuatu aplikasi sebelum memasangnya. Pengguna internet mesti abaikan dan hapuskan mesej tersebut.

Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak klik atau membuka apa-apa gambar atau video yang kononnya berkaitan dengan MH370 kerana dikhuatiri akan mengubah haluan pencarian ke laman web ‘berbahaya’.  Pengguna juga disarankan untuk memuat turun sistem keselamatan terkini bagi melindungi komputer daripada virus.

Boleh hantar (forward) e-mel,video, lampiran (attachment) atau URL yang mencurigakan kepada MyCERT untuk analisis selanjutnya.

Jika anda telah berkongsi video palsu yang dikatakan merupakan perampas MH370 di Facebook, adalah dinasihatkan supaya anda bertindak segera dengan memadam kongsian itu laman Facebook anda atau tekan butang “Unlike”. Disyorkan juga bahawa pengguna Facebook untuk memadamkan aplikasi baru yang berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.

Pengguna turut dinasihatkan untuk memadam sebarang informasi palsu yang dikongsi di akaun Facebook. Pastikan anda log masuk ke akaun Facebook anda dan pergi ke halaman tetapan aplikasi Facebook anda. Halaman ini akan menyenaraikan semua aplikasi yang telah diberi akses kepada akaun Facebook pengguna lain, pergi ke bawah dan klik ” X” di sebelah kanan aplikasi dalam senarai untuk memadamkannya. Beberapa aplikasi penipuan palsu menggunakan nama-nama seperti “CNN”, “Plane “,”MH370″ atau “YouTube” untuk menipu pengguna.

* Maklumat lanjut mengenai serangan Malware itu boleh dibaca DI SINI