Pena MECTAS

Sedikit Coretan:
Sekitar tahun 2008 sehingga kini, FT17 yang berkhidmat di sekolah dalam Negeri Melaka telah mengambil inisiatif mentadbir urus komuniti FT17 dengan membentuk sebuah organisasi yang mempunyai ahli jawatankuasa dan merumuskan visi, misi dan objektif tersendiri. Yuran Bulanan dan Tahunan dikutip bagi menggerakkan aktiviti seperti kursus, berbuka puasa, dan kebajikan ahli. Walaupun Melaka sebuah negeri yang kecil tetapi kekangan masa menjadi kesukaran untuk juruteknik berbincang mengenai masalah, berkongsi ilmu dan sebagainya. Namun, itu bukanlah alasan kami untuk tidak bertemu. Masing-masing memberikan komitmen yang tinggi dengan menyertai program yang diadakan oleh jawatankuasa ketika itu. Walaupun ianya bukan organisasi yang berdaftar, ianya sesuatu yang “awesome”.!!
Namun, adakah ini yang terbaik.? Mampukah ianya mengembangkan keahliannya kepada FT17 yang berkhidmat di Jabatan2 lain.? Mampukah ianya memperjuangkan Hak dan Kerjaya FT17.? Mampukah ianya membantu FT17 yang mempunyai masalah di Jabatan mereka.? Adakah ianya diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).? Jawapannya ialah TIDAK..!!!
Intro diatas, khas untuk FT17 yang berkhidmat dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagaimana pula dengan FT17 yang berkhidmat di Kementerian lain dalam Negeri Melaka? Adakah FT17 Kementerian-kementerian tersebut mempunyai persatuan  yang ditadbir urus dikalangan FT17 sendiri.? Adakah dalam negeri Melaka ini terdapat Persatuan berdaftar yang ditadbir urus oleh FT17 sendiri.? Jawapannya mungkin tiada..!!!
Sudah sampai masanya, FT17 dalam Negeri Melaka yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun, bersama-sama bergabung dalam sebuah Persatuan yang ditadbir urus oleh FT17 sendiri, bagi menyuarakan dan memperjuangkan masa hadapan, hak, kerjaya, kebajikan dan permasalahan dalam Jawatan FT17.

Sekarang ini, 7 buah negeri iaitu Perak, Kuala Lumpur, Penang, Johor, Selangor, Perlis dan Negeri Sembilan sudah pun mempunyai Persatuan Juruteknik Komputer yang berdaftar dan wakil Presiden-presiden persatuan ini telah pun bersepakat untuk membentuk Kesatuan Juruteknik Komputer di Peringkat Kebangsaan. Sehubungan itu, dengan inisiatif beberapa rakan FT17 Negeri Melaka, kami telah selesai mendaftarkan Persatuan Juruteknik Komputer Negeri Melaka, yang dikenali sebagai Melaka Computer Technician Association (MECTAS). Kami juga telah Berjaya membuka akaun bank atas nama Per Juruteknik Komputer Negeri Melaka. Hal ini menunjukkan apa yang kami lakukan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga tapi umpama genggam bara api biar sampai jadi arang. Proses berikutnya adalah mengumpul keahlian dan seterusnya membuat Mesyuarat Agung Persatuan kali pertama. Semoga MECTAS ini dapat menyatupadukan dan menggerakkan Visi, Misi dan Objektif setiap FT17 dalam suatu saluran yang sama.

Akhir kata, tidak kira samada anda Autobot atau Decepticon..tidak kira samada anda Peminat Manchester United, Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Manchester City, Real Madrid, Barcelona..tidak kira samada anda lelaki atau wanita..tidak kira samada anda mempunyai Ijazah, Diploma, Sijil dan SPM..tidak kira samada anda berasal dari Negeri mana, tidak kira apa fahaman politik anda, samada Barisan Nasional, Pakatan Rakyat @ Parti Bebas. Selagi anda menjawat Jawatan FT17 anda marilah kita bersatu dan bergabung dalam satu matlamat yang sama.

Sekian,
Setiausaha MECTAS 2012

Hala Tuju MECTAS

Tujuan MECTAS ditubuhkan adalah untuk memelihara serta menjamin kebajikan perkhidmatan JTK Negeri Melaka. Apabila kita mempunyai persatuan maka segala masalah yg berkaitan dgn kebajikan, penambahbaikkan mutu perkhidmatan JTK (Gaji, Elaun & laluan peningkatan kerjaya) dapat disuarakan ketika sesi Majlis Bersama Jabatan yang diadakan 3/4 kali setahun.
Selain itu perkhidmatan JTK akan mendapat penghormatan, perakuan drpd Ketua Jabatan dan Kementerian tempat kita bertugas. MECTAS adalah hak ahli (JTK) jadi ahli yang menentukan survival dan hala tuju MECTAS.

DONT GIVE A THOUSAND REASON AND OBJECTION BUT GIVE ONE SINGLE CONTRIBUTION THAT PEOPLE WILL REMEMBER DEEP INSIDE THEIR HEARTS.