Pena MECTAS

Sedikit Coretan:
Sekitar tahun 2008 sehingga kini, FT17 yang berkhidmat di sekolah dalam Negeri Melaka telah mengambil inisiatif mentadbir urus komuniti FT17 dengan membentuk sebuah organisasi yang mempunyai ahli jawatankuasa dan merumuskan visi, misi dan objektif tersendiri. Yuran Bulanan dan Tahunan dikutip bagi menggerakkan aktiviti seperti kursus, berbuka puasa, dan kebajikan ahli. Walaupun Melaka sebuah negeri yang kecil tetapi kekangan masa menjadi kesukaran untuk juruteknik berbincang mengenai masalah, berkongsi ilmu dan sebagainya. Namun, itu bukanlah alasan kami untuk tidak bertemu. Masing-masing memberikan komitmen yang tinggi dengan menyertai program yang diadakan oleh jawatankuasa ketika itu. Walaupun ianya bukan organisasi yang berdaftar, ianya sesuatu yang “awesome”.!!
Namun, adakah ini yang terbaik.? Mampukah ianya mengembangkan keahliannya kepada FT17 yang berkhidmat di Jabatan2 lain.? Mampukah ianya memperjuangkan Hak dan Kerjaya FT17.? Mampukah ianya membantu FT17 yang mempunyai masalah di Jabatan mereka.? Adakah ianya diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).? Jawapannya ialah TIDAK..!!!
Intro diatas, khas untuk FT17 yang berkhidmat dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagaimana pula dengan FT17 yang berkhidmat di Kementerian lain dalam Negeri Melaka? Adakah FT17 Kementerian-kementerian tersebut mempunyai persatuan  yang ditadbir urus dikalangan FT17 sendiri.? Adakah dalam negeri Melaka ini terdapat Persatuan berdaftar yang ditadbir urus oleh FT17 sendiri.? Jawapannya mungkin tiada..!!!
Sudah sampai masanya, FT17 dalam Negeri Melaka yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun, bersama-sama bergabung dalam sebuah Persatuan yang ditadbir urus oleh FT17 sendiri, bagi menyuarakan dan memperjuangkan masa hadapan, hak, kerjaya, kebajikan dan permasalahan dalam Jawatan FT17.

Sekarang ini, 7 buah negeri iaitu Perak, Kuala Lumpur, Penang, Johor, Selangor, Perlis dan Negeri Sembilan sudah pun mempunyai Persatuan Juruteknik Komputer yang berdaftar dan wakil Presiden-presiden persatuan ini telah pun bersepakat untuk membentuk Kesatuan Juruteknik Komputer di Peringkat Kebangsaan. Sehubungan itu, dengan inisiatif beberapa rakan FT17 Negeri Melaka, kami telah selesai mendaftarkan Persatuan Juruteknik Komputer Negeri Melaka, yang dikenali sebagai Melaka Computer Technician Association (MECTAS). Kami juga telah Berjaya membuka akaun bank atas nama Per Juruteknik Komputer Negeri Melaka. Hal ini menunjukkan apa yang kami lakukan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga tapi umpama genggam bara api biar sampai jadi arang. Proses berikutnya adalah mengumpul keahlian dan seterusnya membuat Mesyuarat Agung Persatuan kali pertama. Semoga MECTAS ini dapat menyatupadukan dan menggerakkan Visi, Misi dan Objektif setiap FT17 dalam suatu saluran yang sama.

Akhir kata, tidak kira samada anda Autobot atau Decepticon..tidak kira samada anda Peminat Manchester United, Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Manchester City, Real Madrid, Barcelona..tidak kira samada anda lelaki atau wanita..tidak kira samada anda mempunyai Ijazah, Diploma, Sijil dan SPM..tidak kira samada anda berasal dari Negeri mana, tidak kira apa fahaman politik anda, samada Barisan Nasional, Pakatan Rakyat @ Parti Bebas. Selagi anda menjawat Jawatan FT17 anda marilah kita bersatu dan bergabung dalam satu matlamat yang sama.

Sekian,
Setiausaha MECTAS 2012

Hala Tuju MECTAS

Tujuan MECTAS ditubuhkan adalah untuk memelihara serta menjamin kebajikan perkhidmatan JTK Negeri Melaka. Apabila kita mempunyai persatuan maka segala masalah yg berkaitan dgn kebajikan, penambahbaikkan mutu perkhidmatan JTK (Gaji, Elaun & laluan peningkatan kerjaya) dapat disuarakan ketika sesi Majlis Bersama Jabatan yang diadakan 3/4 kali setahun.
Selain itu perkhidmatan JTK akan mendapat penghormatan, perakuan drpd Ketua Jabatan dan Kementerian tempat kita bertugas. MECTAS adalah hak ahli (JTK) jadi ahli yang menentukan survival dan hala tuju MECTAS.

DONT GIVE A THOUSAND REASON AND OBJECTION BUT GIVE ONE SINGLE CONTRIBUTION THAT PEOPLE WILL REMEMBER DEEP INSIDE THEIR HEARTS.
 

Mesyuarat AJK MECTAS Kali Pertama 2012

Assalammualaikum wbh.
Kepada semua AJK MECTAS
Mesyuarat AJK MECTAS Kali Pertama akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 19hb Mei 2012
Hari: Sabtu
Jam : 9:00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Kubu

Agenda:
1. Penyampaian surat pelantikan kepada AJK.
2. Pembukaan Akaun Bank.
3. Perjumpaan Muhibbah & Pendaftaran ahli.
4. Majlis Perasmian Persatuan MECTAS.
5. Hal-hal lain.

Kehadiran semua AJK adalah WAJIB.

Sekian,
Pengerusi MECTAS
0136131455
 
 

Selangkah kehadapan

3hb Mei 2012 jam 12:07pm. Saya telah menerima panggilan yang amat saya nantikan sejak 2 minggu yang lalu. Panggilan itu adalah dari pegawai pendaftar pertubuhan yang menyatakan bahawa MECTAS telah berjaya dalam permohonan pendaftaran persatuan dan sijil kelulusan boleh diambil dari pejabat pertubuhan persatuan.

Alhamdullilah syukur kepada Allah swt kerana telah memberkati usaha kami serta menunaikan permintaan kami. Sekarang MECTAS adalah sebuah persatuan yang sah dari segi undang-undang dan ia akan terus melangkah untuk memartabatkan lagi perkhidmatan FT di negeri Melaka.

Ayolah rakan-rakan ahli bersama-sama kita berganding bahu dan bersatu tenaga dalam persatuan. Mencurahkan segala tenaga, masa dan buah fikiran dengan penuh keikhlasan demi kepentingan serta kebajikan perkhidmatan FT.

Sekian,
Pentadbir

 

Permulaan dimensi baru

Assalammualaikum wbh & Very Good Day,

   Blog ini telah dibangunkan pada tanggal 27hb April 2012. Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai satu medium perkongsian maklumat dikalangan ahli persatuan yang terdiri daripada Juruteknik Komputer FT yang berkhidmat diseluruh negeri Melaka.

   Banyak lagi maklumat yang belum dapat di muat naik ke blog ini, harapan pentadbir agar ahli dapat menghantar segala makluman dan bahan yang boleh membantu bagi menjayakan pembangunan blog ini, bantuan dan kerjasama anda semua amat dialu-alukan. Segala maklumat dan cadangan  yang hendak diberikan boleh dihantar ke mectasmlk@gmail.com

Sekian, 
Pentadbir