Selangkah kehadapan

3hb Mei 2012 jam 12:07pm. Saya telah menerima panggilan yang amat saya nantikan sejak 2 minggu yang lalu. Panggilan itu adalah dari pegawai pendaftar pertubuhan yang menyatakan bahawa MECTAS telah berjaya dalam permohonan pendaftaran persatuan dan sijil kelulusan boleh diambil dari pejabat pertubuhan persatuan.

Alhamdullilah syukur kepada Allah swt kerana telah memberkati usaha kami serta menunaikan permintaan kami. Sekarang MECTAS adalah sebuah persatuan yang sah dari segi undang-undang dan ia akan terus melangkah untuk memartabatkan lagi perkhidmatan FT di negeri Melaka.

Ayolah rakan-rakan ahli bersama-sama kita berganding bahu dan bersatu tenaga dalam persatuan. Mencurahkan segala tenaga, masa dan buah fikiran dengan penuh keikhlasan demi kepentingan serta kebajikan perkhidmatan FT.

Sekian,
Pentadbir