Karnival Sukan MECTAS



Karnival Sukan Juruteknik Komputer Melaka 2013 akan diadakan pada ketetapan berikut : 

Tarikh    : 30.11.2013 (Sabtu)
Masa     : 8.00 pagi
Tempat  : SSN (M) SMK Seri Kota, Melaka.

Tarikh tutup penyertaan  : 13.11.2013

Sukan yang dipertandingkan adalah futsal dan bola jaring. Diharap rakan-rakan semua dapat menyertai dan memeriahkan lagi karnival sukan ini. Sebarang pertanyaan boleh di email kan ke mectasmlk@gmail.com

Borang penyertaan :

DOWNLOAD BORANG PENYERTAAN


Karnival Sukan Juruteknik Komputer 2013 dianjurkan oleh Persatuan Juruteknik Komputer Negeri Melaka (mectas) dengan kerjasama Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

~Majulah sukan untuk semua~




Salam Aidiladha

Sebesar atau sejauh mana pengorbanan kita?
atau...adakah kita,
benar-benar berkorban?
atau hanya sekadar
menyambutnya setiap tahun?

MESYUARAT AJK MECTAS KALI KE-2

 Pada hari sabtu 29 jun 2013 mesyuarat mectas kali ke-2 telah diadakan di Makmal Latihan Komputer Jabatan Pelajaran Melaka.



Lokasi Mesyuarat


Ahli yang hadir


Antara agenda yang dibincangkan adalah seperti aktiviti persatuan, kebajikan dan tugas-tugas ajk. Mesyuarat diadakan dalam suasana santai dan mendapat respons yang positif dari ahli yang hadir. Diharapkan semua ajk yang telah dilantik dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dan bersama-sama membangun dan memperjuangkan Persatuan Juruteknik Komputer Negeri Melaka.

Misi, Visi dan Objektif

VISI – Menyatukan hubungan Juruteknik Komputer dalam Negeri Melaka supaya lebih produktif dan berkemahiran dalam bidang ICT seiring perkembangan teknologi masa kini.

MISI – Mewujudkan suasana kesepakatan dan persefahaman yang berkesan untuk melahirkan Juruteknik Komputer yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi serta berwawasan bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan Negara.

OBJEKTIF - Mempertingkatkan perkhidmatan FT ke suatu tahap yang cemerlang dari segala aspek selari dengan aspirasi perkhidmatan awam serta memelihara kebajikan ahlinya.

Sejarah Penubuhan Mectas

Sejarah

    Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 2010 apabila satu Mesyuarat Agong telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Peringgit. Walaubagaimanapun pendaftaran persatuan tidak berjaya dilaksanakan kerana terdapat masalah pengurusan dan beberapa masalah teknikal yang dihadapi oleh persatuan.

    Satu perjumpaan telah dilaksanakan hasil usaha gigih Cik Mahdatul Annur dan Puan Norhafizah serta beberapa barisan AJK. Perjumpaan tersebut telah diadakan pada 18hb Februari 2012 di Taman Rekreasi Ayer Keroh. Tujuan perjumpaan adalah untuk menghidupkan semula persatuan yang semakin sepi dan tidak bermaya. Hasil perjumpaan tersebut, ahli yang hadir menyarankan supaya diadakan Mesyuarat Agong dengan segera supaya boleh dilantik barisan AJK yang lebih berkarisma dan berwibawa untuk menggantikan AJK sedia ada dan seterusnya dapat meneraju persatuan ke tahap yang lebih dinamik dan proaktif.

    Ahli juga memberi usul supaya persatuan mempunyai logo rasmi dengan ini persatuan dilihat lebih komited dan berdaya saing. Ahli bersetuju agar diadakan satu pertandingan mencipta logo. Pertandingan tersebut telah diiklankan di FB Geng FT Melaka. Beberapa logo telah dihantar ke FB Geng FT Melaka. Ahli yang mengambil bahagian ialah Cik Mahdatul Annur dan En Mohd Effendy. Keputusan sebulat suara, ahli telah memilih logo yang dicipta oleh En Mohd Effendy sebagai pemenang.

    Pada 11hb April 2012 satu Mesyuarat Penubuhan Persatuan telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Peringgit yang dihadiri oleh 30 orang ahli. Naib Pengerusi iaitu Puan Norhafizah telah membubarkan barisan AJK yang lama supaya pemilihan AJK Penubuhan yang baru dapat dilaksanakan. Alhamdullilah ahli yang hadir telah memilih barisan AJK baru yang disifatkan dapat meneraju dan memimpin persatuan dengan lebih proaktif. Ahli memberi usul supaya pendaftaran persatuan dapat disegerakan kerana isu ini telah berlarutan hampir 3 tahun tanpa tindakan dan perkembangan. Ahli juga meminta agar persatuan mempunyai laman web supaya segala maklumat dan aktiviti dapat diketahui  dengan mudah oleh ahli dan individu yang berkaitan. Pengerusi yang baru telah berjanji akan memberi sepenuh perhatian dan komitmen agar pendaftaran dapat dilakukan dalam tempoh masa terdekat. Setiausaha juga telah memberikan sokongan padu agar pendaftaran persatuan menjadi realiti.

    Tanggal 20hb April 2012 bebarapa wakil persatuan telah pergi ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Melaka untuk mendaftar persatuan. Setelah permohonan disemak oleh pegawai bertugas didapati ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik di dalam dokumen permohonan. Pada 27hb April 2012 setelah melakukan sedikit pembetulan terhadap dokumen permohonan sekali lagi permohonan dihantar, semua dokumen tersebut telah diterima oleh pegawai yang bertugas. Alhamdulillah setelah menempuhi perit jerih, dugaan dan rintangan pada 3hb Mei 2012 persatuan telah berjaya mendapat sijil kelulusan dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Melaka. Maka bermulalah lembaran baru persatuan yang kini bergerak sebagai satu entiti yang sah disisi undang-undang pertubuhan. Syabas kepada semua AJK yang telah berkorban masa, tenaga serta idea bagi memajukan persatuan. Semoga PERSATUAN JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI MELAKA (MECTAS) terus maju jaya.