SERTAI DAN TEROKAI DUNIA KOMUNIKASI DAN KREATIF DI KL CONVERGE!






 
 
Kementerian Komunikasi dan Mulitmedia Malaysia (KKMM) telah merancang secara dinamik dan strategik satu acara bertaraf dunia dirantau Asia ini yang khusus pada bidang komunikasi dan kreatif menerusi program KL Converge! Ia akan dilaksanakan pada 17 hingga 19 September 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
 
Program KL Converge! adalah anjuran KKMM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melibatkan gabungan dan sepadanan secara besar-besaran ramai ikon profesional daripada industri berkaitan video, muzik, aplikasi dan internet dari tempatan dan juga dari luar negara.

Bertemakan 'melihat', 'sentuhan', 'rasa', 'mendengar', 'persembahan' dan 'bercakap' (‘see’, ‘touch’, ‘feel’, ‘hear’, ‘show’ and ‘speak’), program KL Converge! akan diterjemahkan dalam pelbagai astaka dari pelbagai negara dan syarikat-syarikat terkemuka.
 
Jom sama-sama kita sertai aktiviti-aktiviti di KL Converge! dan menerokai dunia komunikasi dan kreativiti berkaitan bidang perfileman, muzik, aplikasi dan internet di dalamnya dengan mengunjungi pameran digital; mempelajari tentang trend kreativiti terkini; menyaksikan demo secara langsung dan paparan aplikasi, permainan, Shorties, filem, dan rancangan TV; termasuk berpeluang bekerjasama dengan ikon berpengaruh dalam bidang komunikasi dan kreatif di dunia pada 17 hingga 19 September 2014 di KLCC dan Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
 
 Bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini dan pertanyaan lanjut, sila layari laman berikut :
 
 

Pencalonan Anugerah APICTA 2014 Kini Dibuka!

Pencalonan untuk Anugerah APICTA MSC Malaysia 2014 yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia ( MDeC ) dan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia        ( Pikom) kini telah dibuka pada 1 April lalu.


Bagi mereka yang berminat untuk menjadi calon pemenang anugerah ini, perlulah mengemukakan permohonan mereka secara online di www.mscmalaysia.my/APICTA . Tarikh akhir penghantaran permohonan ialah pada 30 Jun 2014.

Untuk senarai penuh kategori anugerah dan maklumat tambahan, juga boleh didapati dari laman web tersebut.



Asia-Pacific ICT Alliance Awards ( APICTA ) adalah merupakan satu program anugerah antarabangsa yang bertujuan untuk menyediakan platform kepada individu , pelajar, perusahaan kecil dan sederhana, pencipta dan usahawan di dalam industri ICT untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka ke peringkat antarabangsa.

Tahun ini akan menjadi tahun ke-15 bagi anugerah ini. Pada tahun lepas , syarikat pembayaran mudah alih, Soft Space International Sdn Bhd telah memenangi anugerah “Best of Malaysian Startup Companies” dan “Best Financial Application”.

Kepada anda yang mempunyai idea-idea menarik berkaitan ICT ayuh calonkan diri anda untuk anugerah ini.

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO HARI KEMERDEKAAN KE-57






Semua warganegara Malaysia dipelawa menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan Ke-57 berlandaskan kenegaraan serta berkonsepkan ‘Malaysia… di sini lahirnya sebuah cinta”. Hadiah utama berupa wang tunai  RM7,000 dan 10 hadiah saguhati wang tunai RM1,000. Sila layari www.ipptar.gov.my atau www.kkmm.gov.my atau www.malaysiamerdeka.gov.my untuk mendapatkan borang dan peraturan penyertaan. 


 Untuk maklumat lanjut, boleh emelkan ke tanyalogo@ipptar.gov.my. Tarikh tutup adalah pada 14 Mei 2014.



Ubuntu 14.04 LTS (Trusty Tahr) Sedia Untuk Dimuat-Turun

Hari ini secara rasminya, Canonical telah pun melancarkan sistem operasi terbaru mereka, iaitu Ubuntu 14.04 LTS yang dikenali dengan nama kod Trusty Tahr. Melalui versi LTS ini, versi sistem operasi ini akan menerima sokongan selama lima tahun – sesuai untuk penggunaan perusahaan.


Seperti pada setiap kemaskini, Ubuntu 14.04 turut menyertakan pembaharuan dari segi aplikasi dan perisian yang disertakan. Perisian popular seperti LibreOffice, Firefox dan sebagainya dikemaskini kepada versi terkini, selain mana Unity dikemaskini dengan pelbagai perkara baru.

Ubuntu 14.04 dilihat kini menyokong paparan skrin resolusi tinggi, selain turut membawakan beberapa kemaskini dari segi rekabentuk – terutamanya pada lock screen. Pelbagai gambar latar baru turut disertakan pada sistem operasi ini.


Selain daripada pengenalan Ubuntu 14.04, pihak Canonical turut mengumumkan pengenalan Ubuntu Server, Ubuntu Core, Kubuntu, dan juga Edubuntu yang menggunakan angka versi sama.

Download Ubuntu 14.04 Trusty Thar


1BestariNet



Projek Perkhidmatan 1BestariNet di semua sekolah seluruh negara mulai 13 Disember 2011 hingga 12 Jun 2014. Projek ini adalah perkhidmatan akses internet jalur lebar ke semua sekolah dan menjadikan Virtual Learning Enviroment (VLE) sebagai platform yang mengintegrasikan semua sistem dan aplikasi yang digunakan di KPM.
Projek ini merupakan perkhidmatan rangkaian akses internet "end to end" bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran bagi semua sekolah. Pelaksanaan projek adalah melalui syarikat yang dilantik iaitu Syarikat YTL Communications Sdn Bhd.

Latar Belakang:
  1. E-Learning : Komponen utama dalam Program Transformasi Ekonomi, NKEA (CCI) EPP:6 E-Learning dan Projek BestariNet adalah platform utama kepada konsep E-Learning.
  2. Kajian Impak Projek SchoolNet dan Peranan ICT Dalam Pendidikan 2010 memberi fokus kepada capaian Internet dalam persekitaran sekolah.
  3. Keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi1 (7 Januari 2011 dan 28 Mac 2011) - bersetuju supaya:
    • Projek 1BestariNet dilaksanakan segera secara tender terbuka
    • Kontrak 15 tahun (5+5+5), semakan setiap 5 tahun
    • Memasukan Komponen Virtual Learning Environment (VLE)

Top 10 antivirus 2014

Berikut adalah senarai 10 antivirus terbaik bagi tahun 2014 :

1. Bitdefender Antivirus Plus





 

2. Kaspersky Anti-Virus





3. Norton AntiVirus


4. F-Secure Anti-Virus


5.  AVG Anti-Virus





6.  BullGuard Antivirus




7.  G Data AntiVirus



8. Panda AntiVirus Pro



9.  Avast! Pro Antivirus



10.  McAfee AntiVirus Plus




kalau nak cuba antivirus lain boleh layari website nie ---> antivirus 

Minggu Sains Teknologi dan ICT (MISTI) 2014





Minggu Sains Teknologi dan ICT (MISTI) 2014 yang akan berlangsung selama seminggu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA) Johor, di sini, bermula 16 April ini.


Program dwi tahunan anjuran Unit Sains Teknologi dan ICT Johor itu dijangka meriah dengan kehadiran kakitangan kerajaan, swasta, penuntut universiti, pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pengarahnya Tunku Zahrah Tunku Osman berkata, penganjuran program yang bertemakan 'Ke Arah Komuniti Pintar' bertujuan memupuk serta meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi. Katanya, MISTI 2014 juga diharapkan menjadi pendorong kepada generasi muda mendalami ilmu berkenaan sekali gus menjadikannya kerjaya pilihan .

MISTI2014 juga menawarkan pelbagai seminar / bengkel, aktiviti dan pertandingan.








Minggu Sains Teknologi & ICT Negeri Johor 2014 (MISTI Johor 2014)

Tarikh: 16 April - 21 April 2014
Masa: 10.00 Pagi - 6.00 Petang
Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor & Puteri Pacific Hotel