Hari ini secara rasminya, Canonical telah pun melancarkan sistem operasi
terbaru mereka, iaitu Ubuntu 14.04 LTS yang dikenali dengan nama kod
Trusty Tahr. Melalui versi LTS ini, versi sistem operasi ini akan
menerima sokongan selama lima tahun – sesuai untuk penggunaan
perusahaan.
Seperti pada setiap kemaskini, Ubuntu 14.04 turut menyertakan
pembaharuan dari segi aplikasi dan perisian yang disertakan. Perisian
popular seperti LibreOffice, Firefox dan sebagainya dikemaskini kepada
versi terkini, selain mana Unity dikemaskini dengan pelbagai perkara
baru.
Ubuntu 14.04 dilihat kini menyokong paparan skrin resolusi tinggi,
selain turut membawakan beberapa kemaskini dari segi rekabentuk –
terutamanya pada lock screen. Pelbagai gambar latar baru turut disertakan pada sistem operasi ini.
Selain daripada pengenalan Ubuntu 14.04, pihak Canonical turut
mengumumkan pengenalan Ubuntu Server, Ubuntu Core, Kubuntu, dan juga
Edubuntu yang menggunakan angka versi sama.
Download Ubuntu 14.04 Trusty Thar