Karnival Sukan MECTAS
Karnival Sukan Juruteknik Komputer Melaka 2013 akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 30.11.2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SSN (M) SMK Seri Kota, Melaka.
Tarikh tutup penyertaan : 13.11.2013
Sukan yang dipertandingkan adalah futsal dan bola jaring. Diharap rakan-rakan semua dapat menyertai dan memeriahkan lagi karnival sukan ini. Sebarang pertanyaan boleh di email kan ke mectasmlk@gmail.com
Borang penyertaan :
DOWNLOAD BORANG PENYERTAAN
Karnival Sukan Juruteknik Komputer 2013 dianjurkan oleh Persatuan Juruteknik Komputer Negeri Melaka (mectas) dengan kerjasama Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
~Majulah sukan untuk semua~
Salam Aidiladha
Sebesar atau sejauh mana pengorbanan kita?
atau...adakah kita,
benar-benar berkorban?
atau hanya sekadar
menyambutnya setiap tahun?
MESYUARAT AJK MECTAS KALI KE-2
Pada hari sabtu 29 jun 2013 mesyuarat mectas kali ke-2 telah diadakan di Makmal Latihan Komputer Jabatan Pelajaran Melaka.
Antara agenda yang dibincangkan adalah seperti aktiviti persatuan, kebajikan dan tugas-tugas ajk. Mesyuarat diadakan dalam suasana santai dan mendapat respons yang positif dari ahli yang hadir. Diharapkan semua ajk yang telah dilantik dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dan bersama-sama membangun dan memperjuangkan Persatuan Juruteknik Komputer Negeri Melaka.
Lokasi Mesyuarat
Ahli yang hadir
Antara agenda yang dibincangkan adalah seperti aktiviti persatuan, kebajikan dan tugas-tugas ajk. Mesyuarat diadakan dalam suasana santai dan mendapat respons yang positif dari ahli yang hadir. Diharapkan semua ajk yang telah dilantik dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dan bersama-sama membangun dan memperjuangkan Persatuan Juruteknik Komputer Negeri Melaka.
Misi, Visi dan Objektif
VISI – Menyatukan
hubungan Juruteknik Komputer dalam Negeri Melaka supaya lebih produktif
dan berkemahiran dalam bidang ICT seiring perkembangan teknologi masa
kini.
MISI – Mewujudkan
suasana kesepakatan dan persefahaman yang berkesan untuk melahirkan
Juruteknik Komputer yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi serta
berwawasan bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan
Negara.
OBJEKTIF - Mempertingkatkan perkhidmatan FT ke suatu tahap yang cemerlang dari segala aspek selari dengan aspirasi perkhidmatan awam serta memelihara kebajikan ahlinya.
OBJEKTIF - Mempertingkatkan perkhidmatan FT ke suatu tahap yang cemerlang dari segala aspek selari dengan aspirasi perkhidmatan awam serta memelihara kebajikan ahlinya.
Sejarah Penubuhan Mectas
Sejarah
Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 2010 apabila satu Mesyuarat
Agong telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Peringgit.
Walaubagaimanapun pendaftaran persatuan tidak berjaya dilaksanakan
kerana terdapat masalah pengurusan dan beberapa masalah teknikal yang
dihadapi oleh persatuan.
Satu perjumpaan telah dilaksanakan hasil usaha gigih Cik Mahdatul Annur dan Puan Norhafizah serta
beberapa barisan AJK. Perjumpaan tersebut telah diadakan pada 18hb
Februari 2012 di Taman Rekreasi Ayer Keroh. Tujuan perjumpaan adalah
untuk menghidupkan semula persatuan yang semakin sepi dan tidak bermaya.
Hasil perjumpaan tersebut, ahli yang hadir menyarankan supaya diadakan
Mesyuarat Agong dengan segera supaya boleh dilantik barisan AJK yang
lebih berkarisma dan berwibawa untuk menggantikan AJK sedia ada dan
seterusnya dapat meneraju persatuan ke tahap yang lebih dinamik dan
proaktif.
Ahli juga memberi usul supaya persatuan mempunyai logo rasmi
dengan ini persatuan dilihat lebih komited dan berdaya saing. Ahli
bersetuju agar diadakan satu pertandingan mencipta logo. Pertandingan
tersebut telah diiklankan di FB Geng FT Melaka. Beberapa logo telah
dihantar ke FB Geng FT Melaka. Ahli yang mengambil bahagian ialah Cik Mahdatul Annur dan En Mohd Effendy. Keputusan sebulat suara, ahli telah memilih logo yang dicipta oleh En Mohd Effendy sebagai pemenang.
Pada 11hb April 2012 satu Mesyuarat Penubuhan Persatuan telah
diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Peringgit yang dihadiri oleh 30
orang ahli. Naib Pengerusi iaitu Puan Norhafizah telah
membubarkan barisan AJK yang lama supaya pemilihan AJK Penubuhan yang
baru dapat dilaksanakan. Alhamdullilah ahli yang hadir telah memilih
barisan AJK baru yang disifatkan dapat meneraju dan memimpin persatuan
dengan lebih proaktif. Ahli memberi usul supaya pendaftaran persatuan
dapat disegerakan kerana isu ini telah berlarutan hampir 3 tahun tanpa
tindakan dan perkembangan. Ahli juga meminta agar persatuan mempunyai
laman web supaya segala maklumat dan aktiviti dapat diketahui dengan
mudah oleh ahli dan individu yang berkaitan. Pengerusi yang baru telah
berjanji akan memberi sepenuh perhatian dan komitmen agar pendaftaran
dapat dilakukan dalam tempoh masa terdekat. Setiausaha juga telah
memberikan sokongan padu agar pendaftaran persatuan menjadi realiti.
Tanggal 20hb April 2012 bebarapa wakil persatuan telah pergi ke
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Melaka untuk mendaftar persatuan.
Setelah permohonan disemak oleh pegawai bertugas didapati ada beberapa
perkara yang perlu ditambah baik di dalam dokumen permohonan. Pada 27hb
April 2012 setelah melakukan sedikit pembetulan terhadap dokumen
permohonan sekali lagi permohonan dihantar, semua dokumen tersebut telah
diterima oleh pegawai yang bertugas. Alhamdulillah setelah menempuhi
perit jerih, dugaan dan rintangan pada 3hb Mei 2012 persatuan telah
berjaya mendapat sijil kelulusan dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan
Negeri Melaka. Maka bermulalah lembaran baru persatuan yang kini
bergerak sebagai satu entiti yang sah disisi undang-undang pertubuhan.
Syabas kepada semua AJK yang telah berkorban masa, tenaga serta idea
bagi memajukan persatuan. Semoga PERSATUAN JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI
MELAKA (MECTAS) terus maju jaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)