Sedikit Coretan:
Sekitar tahun 2008 sehingga kini, FT17 yang berkhidmat di sekolah dalam
Negeri Melaka telah mengambil inisiatif mentadbir urus komuniti FT17
dengan membentuk sebuah organisasi yang mempunyai ahli jawatankuasa dan
merumuskan visi, misi dan objektif tersendiri. Yuran Bulanan dan Tahunan
dikutip bagi menggerakkan aktiviti seperti kursus, berbuka puasa, dan kebajikan ahli. Walaupun Melaka sebuah negeri yang kecil tetapi kekangan
masa menjadi kesukaran untuk juruteknik berbincang mengenai masalah,
berkongsi ilmu dan sebagainya. Namun, itu bukanlah alasan kami untuk
tidak bertemu. Masing-masing memberikan komitmen yang tinggi dengan
menyertai program yang diadakan oleh jawatankuasa ketika itu. Walaupun
ianya bukan organisasi yang berdaftar, ianya sesuatu yang “awesome”.!!
Namun, adakah ini yang terbaik.? Mampukah ianya mengembangkan
keahliannya kepada FT17 yang berkhidmat di Jabatan2 lain.? Mampukah
ianya memperjuangkan Hak dan Kerjaya FT17.? Mampukah ianya membantu FT17
yang mempunyai masalah di Jabatan mereka.? Adakah ianya diiktiraf oleh
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).? Jawapannya ialah TIDAK..!!!
Intro diatas, khas untuk FT17 yang berkhidmat dibawah Kementerian
Pelajaran Malaysia. Bagaimana pula dengan FT17 yang berkhidmat di
Kementerian lain dalam Negeri Melaka? Adakah FT17
Kementerian-kementerian tersebut mempunyai persatuan yang ditadbir urus
dikalangan FT17 sendiri.? Adakah dalam negeri Melaka ini terdapat
Persatuan berdaftar yang ditadbir urus oleh FT17 sendiri.? Jawapannya
mungkin tiada..!!!
Sudah sampai masanya, FT17 dalam Negeri Melaka
yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan
Berkanun, bersama-sama bergabung dalam sebuah Persatuan yang ditadbir
urus oleh FT17 sendiri, bagi menyuarakan dan memperjuangkan masa
hadapan, hak, kerjaya, kebajikan dan permasalahan dalam Jawatan FT17.
Sekarang ini, 7 buah negeri iaitu Perak, Kuala Lumpur, Penang, Johor,
Selangor, Perlis dan Negeri Sembilan sudah pun mempunyai Persatuan Juruteknik
Komputer yang berdaftar dan wakil Presiden-presiden persatuan ini telah
pun bersepakat untuk membentuk Kesatuan Juruteknik Komputer di Peringkat
Kebangsaan. Sehubungan itu, dengan inisiatif beberapa rakan FT17 Negeri
Melaka, kami telah selesai mendaftarkan Persatuan Juruteknik Komputer
Negeri Melaka, yang dikenali sebagai Melaka Computer Technician
Association (MECTAS). Kami juga telah Berjaya membuka akaun bank atas
nama Per Juruteknik Komputer Negeri Melaka. Hal ini menunjukkan apa yang
kami lakukan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga tapi umpama
genggam bara api biar sampai jadi arang. Proses berikutnya adalah
mengumpul keahlian dan seterusnya membuat Mesyuarat Agung Persatuan kali
pertama. Semoga MECTAS ini dapat menyatupadukan dan menggerakkan Visi,
Misi dan Objektif setiap FT17 dalam suatu saluran yang sama.
Akhir kata, tidak kira samada anda Autobot atau Decepticon..tidak kira
samada anda Peminat Manchester United, Chelsea, Arsenal, Liverpool dan
Manchester City, Real Madrid, Barcelona..tidak kira samada anda lelaki
atau wanita..tidak kira samada anda mempunyai Ijazah, Diploma, Sijil dan
SPM..tidak kira samada anda berasal dari Negeri mana, tidak kira apa
fahaman politik anda, samada Barisan Nasional, Pakatan Rakyat @ Parti
Bebas. Selagi anda menjawat Jawatan FT17 anda marilah kita bersatu dan
bergabung dalam satu matlamat yang sama.
Sekian,
Setiausaha MECTAS 2012
Hala Tuju MECTAS
Tujuan MECTAS ditubuhkan adalah untuk memelihara serta menjamin kebajikan perkhidmatan JTK Negeri Melaka. Apabila kita mempunyai persatuan maka segala masalah yg berkaitan dgn kebajikan, penambahbaikkan mutu perkhidmatan JTK (Gaji, Elaun & laluan peningkatan kerjaya) dapat disuarakan ketika sesi Majlis Bersama Jabatan yang diadakan 3/4 kali setahun.
Selain itu perkhidmatan JTK akan mendapat penghormatan, perakuan drpd Ketua Jabatan dan Kementerian tempat kita bertugas. MECTAS
adalah hak ahli (JTK) jadi ahli yang menentukan survival dan hala tuju
MECTAS.
DONT GIVE A THOUSAND REASON AND OBJECTION BUT GIVE ONE SINGLE CONTRIBUTION THAT PEOPLE WILL REMEMBER DEEP INSIDE THEIR HEARTS.
Subscribe to:
Posts (Atom)